Kehidupan awal Brad Cohen

Cohen dibesarkan di St. Louis, Missouri, dalam keluarga Yahudi. Kedua ibu baoanya bercerai sewaktu beliau kecil lagi. [5] Seseorang pernah bertanya kepada ibu beliau adakah dia dianggap sebagai pengusir syaitan. [6] Ibunya membesarkannya dengan penuh kasih sayang, namun berbeza dengan bapanya yang tidak memahami keadaan anaknya sehinggakan sering menghukum anaknya itu kerana membuat bising. [7]

Pada mulanya, para doktor mengatakan kepada ibu Cohen bahawa bunyi-bunyian yang dilakukan oleh Cohen adalah tindakbalas emosi kerana penceraian kedua-dua ibu bapanya. [1] Di sekolah, guru-gurunya tidak memahami Cohen; mereka menyangka bahawa bunyi-bunyian yang dilakukan oleh Cohen adalah disengajakan dan kerana kenakalan Cohen. Semasa di gred lima, gurunya telah memaksa Cohen untuk berjalan di hadapan kelas dan meminta maaf atas bunyi-bunyian yang dilakukannya dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi. Beliau merasa terhina dan memutuskan untuk menjadi guru yang tidak pernah wujud. Beliau berkata, " Saya selalu merasa seperti kanak-kanak di sudut. Saya benar-benar memerlukan sokongan dan penerimaan daripada guru namun tidak pernah mendapatkannya. Sejak saat itu saya mengetahui bahawa saya ingin menjadi guru yang akan memberi sokongan dan penerimaan serta benar-benar berada di sana untuk pelajar." [8] Semasa berusia 12 tahun, ibunya mengenalpasti tingkah laku anaknya itu sebagai TS daripada kajiannya sendiri. Dia membawa Cohen menyertai perjumpaan kumpulan penyokong sindrom Tourette, di mana Cohen menyedari bahawa peserta lain kelihatan berputus asa dan ibu beliau tidak mahu beliau menjadi seperti mereka.[6]

Pada awak gred lapan, selepas muncul di dalam Sally Jessy Raphaël show, pengetua sekolah menengahnya memutuskan untuk membiarkan Cohen berucap kepada semua mengenai TS. [9] Cohen terus mendidik masyarakat mengenai TS dan membantu untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasinya.

Cohen lulus dari Parkway Central High School pada tahun 1992,[10] dan merupakan presideny St. Louis Council of Aleph Zadik Aleph.[11][12][13]